Sunday 20 January 2013

Working Holiday Visa New Zealand

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,


Hari ni Wati nak share maklumat tentang Working Holiday Visa di New Zealand. Wati tak tahu la untuk kawan-kawan di semenanjung Malaysia tapi bagi Wati yang berasal dari Borneo ni, Wati tak tahu pun kewujudannya. Baik Wati terus ke point yang asal.

Working Holiday Visa ni terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18-29 tahun sahaja dan sekali seumur hidup. Untuk memohon, ada syarat-syarat yang perlu diketahui merangkumi pasport, kesihatan, wang sara diri, untuk diri sendiri, datang ke New Zealand untuk bercuti, bekerja atau belajar jatuh ke tempat kedua.

Walaupun borang nya sangat banyak dan memerlukan masa untuk di isi, prosesnya sebenarnya agak mudah. Cuma waktu mengisi borang sahaja cerewet. Anda boleh memohon di Malaysia ataupun di New Zealand cuma bezanya, anda tak perlu nak buat x-ray di Malaysia. X-ray cuma akan diminta selepas anda nak sambung visa selama 3 bulan seterusnya.

Wati sangat menggalakkan adik-beradik Wati, sepupu atau kawan-kawan Wati yang nak datang sini cuma pada yang masih tak tahu, Wati rasa bertanggungjawab untuk berkongsi pengalaman ni. Anda boleh bekerja dalam bidang horticulture, viticulture dan agriculture. Bagi yang ada kelulusan dalam bidang ini adalah satu bonus di mana anda boleh mencari pekerjaan yang tetap jika anda suka kehidupan di sini.

Perbezaan di sini dengan Malaysia, gaji akan diterima seminggu sekali dan sewa rumah pun bayarannya seminggu sekali tapi pengalaman yang anda akan dapat priceless..

Jika nak tahu lebih lanjut, esok 22 Januari 2013, visa akan dibuka pada pukul 10pagi New Zealand bersamaan 5pagi Malaysia. tempat adalah terhad ye. Hanya untuk seribu lebih je. Jadi pastikan anda duduk di depan komputer atau laptop (yang fully charging atau berada dekat dengan charger ye).

P/s: kene ade debit or credit card untuk membuat pembayaran visa ye.

Sila tanya lebih lanjut kalau ada sebarang kemusykilan.



No comments:

Post a Comment