Sunday 20 January 2013

Newest Member in My Family - Family

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua :)

Dah lama Wati tak blogging. Asyik ikut blog orang lain saja. Selepas 3 tahun menjawat jawatan isteri orang, setahun yang lepas kami dikurniakan pula dengan seorang bayi lelaki yang comel.  Seminggu lebih awal dari jangkaan.

Adam namanya. Lahir pada 23 Disember 2011. Kalau korang nak tau, pengalaman bersalin yang pertama ni tak la teruk sangat (simpati pada kawan yang berjuang 20 jam untuk melahirkan bayi perempuan dia yang comel). Wati sakit perut bermula jam 3 pagi. Pada masa tu masih tak tau Wati dah mula kontraksi, jadi keluar masuk tandas.

Nak dijadikan cerita, sakit kontraksi berlanjutan sampai pukul 5 pagi dan semakin kuat. Suami tak gelisah sebab berdasarkan parenting courses yang kami ikut di sini (New Zealand), Doula or cikgu tu memberitahu bayi hanya akan keluar di antara 12-14jam berikutnya.

Sebab tak tahan sangat dan setiap kali kontraksi Wati rasa nak meneran, Wati memberanikan diri untuk merasa. Benjolan besar seperti kepala bayi dah rasa nak keluar..hehe..Wati kejutkan suami, angkat beg. Sampai hospital, sejam suku kemudian pukul 7.15am hari Jumaat, Adam pun lahir.

Sekarang ni Adam dah berumur 1tahun 1bulan. Banyak pengalaman pahit manis yang Wati dan suami alami. Sekarang Wati tahu kasihnya Mak, sayangnya Apak dengan anak-anaknya. Adik Adam? Masih tak tahu dan tak plan. Kalau ada, rezeki Alhamdulillah.

Kesimpulannya, Wati sangat bersyukur masih ada mak ngan apak untuk Wati berbakti dan membalas jasa mereka walaupun Wati jauh di perantauan...


No comments:

Post a Comment